Perasaan



Semua orang ada perasaan.Yes,jangan fikir manusia tu android (bukan android dalam telefon semartfone anda itu) sebab semuanya ada perasaan.Tak ada Allah s.w.t ciptakan hambanya tiada perasaan.Kalau tak macam mana marah tu ada? suka dan sayang tu ada? Think.


Tak semua orang hatinya lembut.Ada yang keras sampai orang panggil keras hati.Ada yang jenis takda perasaaan langsung.Itu namanya heartless.Perasaan kosong.Kira orang buat naya pun muka watlek.Tapi rasanya takda kot.Kalau ada sila beritahu ya.

Kena ingat semua orang ada perasaan.Tak semua yang jenis okay bila kita buat dia terasa.Tak semua yang akan senyum walaupun kita cakap benda yang menyakitkan hati bagi dia.Manusia yang hatinya lembut ni sensitif.Jiwa dia nak disayangi.Diorang yang jenis orang buat la apa-apa pun tapi dia biarkan ja.Sebab apa? sebab dia sayang orang sekeliling dia.Taknak ubah keadaan yang akan buat dia sedih selamanya.Faham?

Sebab itu,kena jaga perasaan sesama manusia.Jangan nak ikut ego kepala otak sendiri.Lu kena ingat kita hidup bersaudara.Even tak kenal macam mana pun.Sebab agama kita sendiri mengajar kita begitu.Okay?
Jangan nak ikut kepala sendiri.Sampai bila orang tak akan hormat anda kalau anda berperangai begitu.Okay?

Nota tepi:Ini untuk umum.Bukan untuk ditembak kepada peribadi mana-mana individu.

Sekian,Assalamualaikum :))