Seronok betul dia harini.
Apa tidaknya esok hari lahirnya.Dalam hati tertanya-tanya bagaimana keadaan esok? Bla bla dan sebagainya
Tersenyum sendiri sambil memeluk bantal dan di tangannya telefon iphone tersedia.
Tidak sabar menunggu detik 12 tengah malam.Tetapi,sedikit demi sedikit menuju penantiannya satu persatu perkara membebaninya.
Ada sahaja benda membuatkan dia sedih.Alahai hati,bersabarlah.Walaupun air matanya jatuh berderai.
Teringat dia kepada rakan baiknya.Rindu terbit di hati walaupun hanya beberapa hari tidak bersua.Ke mana kau pergi? desis hatinya.
tick,tick,tick jam loceng menandakan tepat jam 12.Selamat hari lahir kepada dirinya sendiri.Kata dirinya.
dia membuka facebooknya,ada notification.mungkin ucapan selamat hari lahir barangkali.
bosan menunggu.dia membuat keputusan untuk tidur sahaja.lampu ditutup.
sejam kemudian....
tiba-tiba telefonnya berdering.dia mengangkat.
"happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to alia,
happy birthday to you."
suara yang cukup dikenali membuatkan dia menangis semula.sekian lama dia tidak bercakap dengan lelaki itu.hanya bercakap melalui ruangan laman bisu bernama whatsapp.terimbau kembali kejadian menyayat hati itu.dia diam seketika sebelum bercakap dengan lelaki itu kembali.
"Terima kasih balasnya sambil teresak-esak"
"Hey,kenapa nangis ni?" suara kedengaran cukup prihatin
"Entahla.Tension kot"
"La,birthday girl takpayah la tension.Sorry wish lambat tadi main futsal"
"Takpa its okay.Thanks again"
"Dah,gi tido.Bye assalamualaikum
Talian dimatikan.
Dia berasa harinya cukup bermakna.Seperti ada cahaya matahari menyinar di wajahnya.Dia tersenyum dan melelapkan matanya
Itu kali keempat dan terakhir dia mendengar suara lelaki itu.