Assalamualaikum dan Hi :)
Agak lama rasanya tak menaip blog post di laptop sendiri.Maklumlah,laptop yang abang bagi tu keyboard rosak.Kalau pakai "on-screen keyboard" jenuh jugaklah nak menekan.Tambah kalau nak tulis panjang-panjang.Alamatnya jari hilang satgi.Haha
Kalau ikutkan dah lama rasanya aku pakai facebook.Bermula dari friendster pastu tukar ke myspace.Lepas tu muncul era Facebook .Boleh kot buat anniversary sebab dah 5 tahun pakai laman sosial.Haha,dah macam kahwin dah.
Bila rewind balik Facebook ni la tempat aku jumpa kawan rapat aku.Kalau bukan Facebook tak mungkin aku akan jumpa Haikal,jumpa Kak Trah,jumpa Adha yang sekarang ni antara kawan baik aku.Terima kasih kepada Facebook sebab mempertemukan aku dengan depa and pernah mem"popular"kan diri aku suatu ketika dulu
Bila check balik older messages rasa nak tergelak sebab apa sebab rasa hairan and rasa macam "eh,kenapa la aku message macam itu macam ini" Seriously ini benda tak tipu.
Apapun,Facebook sekarang dah tak menarik.Banyak sangat post merapu dan merepek dan sewaktu dengannya.Sayang itu la,fake relay la apa.Nak muntah tengok.Adehhh.Jadi untuk menghilangkan kebosanan aku join group 1996.Best gak hahaha.
Walaupun Nadia ada wechat tapi kami jarang chat situ.Jadi Facebook dengan telefon rumah jadi penghubung.Tapi nanti bila kami duk universiti lain-lain nak contact guna apa kan? Tapi takpalah,whatever it is our friendship the most important thing kan,
So,to all users out there,pakai la Facebook dengan cara yang betul.Just be yourself and dont try to fake others.Share benda yang betul dan bukannya khabar angin semata-mata okay.
Bye and Assalamualaikum :)
0 talks:
Catat Ulasan