Kawan abang
Semuanya hensem
Biasalah lelaki
bila dah besar
muka kemain bertukar
gitu
Tapi
tuanya
24 tahun
ya rabbi
boleh qualify nak kahwin
Teman disini
hanya mampu berasa kagum
sahaja
bukannya jatuh suka atau hati
sebab itu dilarang
kau nak ke
kena parang dengan abang sendiri?
Mungkin
suatu hari nanti
akan aku jumpa
lelaki macam mereka
sebab aku terlalu
mentah dan naif
untuk jatuh suka
kepada lelaki
-saja ditulis tiada kaitan dengan realiti-
SPM
2 hari lagi
Penentuan segala
Aku bersama rakanku
Masih menanti
Tidak sabar rasanya
berjumpa dengan semua
Nanti,
akan ada yang menangis
akan ada yang gembira
akan ada yang maintain cool
semua ada
cuma kau lihat sahaja
Aku taktahu
adakah aku akan dapat
keputusan yang baik
atau sebaliknya
cuma tunggu dan lihat
Kalau boleh
aku taknak
kecewakan mak ayah
abang,cikgu
dan kawan-kawan
yang ajar aku setiap hari
yang beri aku dorongan
Insyaallah aku harap
kami semua dan yang lain di seluruh Malaysia
mendapat keputusan cemerlang
dalam SPM
Amin.
Penentuan segala
Aku bersama rakanku
Masih menanti
Tidak sabar rasanya
berjumpa dengan semua
Nanti,
akan ada yang menangis
akan ada yang gembira
akan ada yang maintain cool
semua ada
cuma kau lihat sahaja
Aku taktahu
adakah aku akan dapat
keputusan yang baik
atau sebaliknya
cuma tunggu dan lihat
Kalau boleh
aku taknak
kecewakan mak ayah
abang,cikgu
dan kawan-kawan
yang ajar aku setiap hari
yang beri aku dorongan
Insyaallah aku harap
kami semua dan yang lain di seluruh Malaysia
mendapat keputusan cemerlang
dalam SPM
Amin.
Kapal terbang
Assalamualaikum dan Hi
Berita masih lagi dalam mood MH370
Thats good sebab sekurang-kurangnya gosip ntahpape tu stop la ye
Udah-udah gosip artis tu.Merepek,propa je lebih
Oh,kepada yang minat artis Malaysia tu jangan marah ye.No offense
Jangan cakap teman tak mengaku teman orang Malaysia udah le
Okay,
Jadi aku nak cerita pengalaman aku naik kapal terbang
Sebab kenapa aku nak cerita?
Sebab aku dah tengok banyak budak *panggilan untuk mereka sebab perangai nampak tak matang
tulis benda yang merepek pasal MH370
Panas hati beb baca.Depa buat serupa depa tau semuanya
Secara tiba-tiba muncul pakar aviation,pakar engineer,pakar commentator
Ya Allah,serius banyak.Tambah pulak pakar politik
Pakar paranoid dengan tarikh? Pun ada.Haih
Yang cakap tu remaja seusia dengan aku kot.Sedih? Pun ada.Haih.Okay lets stop right here
Ada mak orang Sabah nak balik kampung ofcourse kena naik flight
Tapi nak balik tu jarang.Setahun sekali.Bila balik je pastu balik Penang balik mesti rindu
Nangis? Mestilah.Ada makcik,sepupu jauh.Nak jumpa pun jarang.Balik je makin besar.
The best part is,dapat naik flight setiap tahun ewah.
Memang masa naik tu nampak scary but seriously juruterbang and semua krew tu akan buat
yang terbaik untuk pastikan semua penumpang dalam keadaan selamat and selesa
walaupun langgar awan,lalu atas banjaran titiwangsa,it mean that was their job
kenapa nak pertikaikan yang tu?
Aku taktahu,
aku rasa dah penat nak baca segala comment dekat facebook,even group yang aku join aku out sebab tak larat nak tengok budak-budak melayu bergaduh sama sendiri.Politik lah apa.Rasa diri dah besar.Dah mampu nak pegang dunia dengan tangan sendiri.Gitu.
Hmm,kepada keyboard warrior di luar sana,tolong la takyah buat statement membabi buta.Korang ingat korang dah cukup terer ke nak buat statement cmtu? Aku baca ni pun rasa macam nak lempang je.Hm,ntahla.Thats all
Bye,Assalamualaikum
Flight
Assalamualaikum
Semua orang tahu pasal MH370
Malaysia,Indonesia dan seluruh dunia
Menjadi trending di twitter,facebook
Dan hampir semua stesen televisyen juga.
Berita tentang kehilangan kapal terbang
Yang membawa penumpangnya sekali
Hilang tanpa khabar berita
Ahli keluarga meratap bersedih
Tidak menyangka ahli keluarga mereka
Yang baru ketemu beberapa jam lalu
Hilang begitu sahaja
Sedih,marah,kecewa
Semuanya menjadi satu
Spekulasi datang bertalu-talu
Seolah bom yang menyerang sasarannya
Mereka yang tidak tahu apaapa
Terus sahaja membuat andaian begitu sahaja
Kerajaan itu dan ini
Terhempas,Mati di lautan
Ahh,manusia
Malaysian katanya
Pandai membuat spekulasi
Negativiti sentiasa ada di mana-mana
Tapi
Adakah mereka yang mengalaminya?
Menyedihkan pabila
segelintir selebriti malaysia
menulis 'tweet' seolah-olah
kejadian tersebut satu jenaka
sedangkan mereka tidak tahu
betapa deritanya kehilangan
ahli keluarga yang tersayang
Tolong,
hentikan segala spekulasi
hentikan segala negativiti
hentikan menyalahkan kerajaan,
dan berhenti menyalahkan
juruterbang yang membawa mereka
Tugas juruterbang bukan mudah
Membawa nyawa di langit udara
Sekali kesilapan
Maka hilanglah beribu nyawa
Tugas mereka itu terlalu mulia
Tolonglah faham
Tanpa kau sedari,
Allah menguji kita di sini
Kau,aku dan semuanya
Sejauh mana kita mengingati-nya
Ini adalah satu UJIAN
dan bukannya satu tohmahan
semata-mata
Jadi,
Jangan berhenti berharap
mereka yang masih menunggu di KLIA
Teruskan berdoa
Insya-allah
Allah s.w.t. sentiasa bersama kita
Doaku untuk kalian di sana
Semoga selamat sampai
Kami menanti
Kepulanganmu
-9/3/2014-
Love In Social Network
Assalamualaikum dan Hi semua pembaca :)
Love in social network,kalau engkorang baca sekarang,mesti dalam kepala tu fikir cinta dalam laman sosial,cinta secara online.Betul.Tersangatlah betul.
10 markah untuk anda semua
Dah banyak dah love in social network ni.Dah macam trend zaman sekarang.You look at him/her pictures,fall in love,then say hi and tup tap tup tap bom bang walaa couple.Takpun teman tapi mesra.Bila orang tanya "eh,taklah kitorang kawan je" Ayat paling cliche sepanjang zaman.
Dan selalunya pasangan-pasangan ni bermula berkenal-kenalan di laman sosial yang femes seperti facebook dan twitter.Tapi kalau ambik kira sekarang Twitter la kan.Jadi,macam mana diorang boleh kenal sampai boleh fall in love through social network?
Satu,selalunya kalau anda bernasib baik ada rupa yang agak cantik dan handsome keberangkalian nak dapat soulmate sementara sebelum kahwin yang lambat lagi ni amat tinggi.Yup,this is the truth.Dan kebanyakan daripada mereka mempunyai followers yang agak ramai.Tak percaya sila lihat menggunakan akaun twitter anda sendiri.Okay tamat di sini.
Seterusnya,kalau anda suka tweet ayat yang best dan nampak awesome dari cara yang tersendiri,kemungkinan love in social network itu ada.Ya.
Dan kebanyakan daripada mereka dapat bertahan selama bertahun dan ada juga sampai 2 3 4 5 6 7 8 bulan.
Tapi itu kisah mereka,ini pula kisah aku
Pengalaman aku dengan love in social network ni,hampir semua tak happy ending.Semua.
Bermula dengan seminggu,dan kemudian sebulan,dua bulan,tiga bulan dan akhirnya 4 hari.
Salah kenal lelaki.Jenis yang fikir pasal benda pelik-pelik tu,jenis yang fikir pasal diri sendiri then blame me for kesalahan yang dia sendiri buat,jenis yang penting rupa.Tambah pulak dengan suara aku yang macam immature girl padahal dah lapan belas tahun ni lagi diorang reject terus lepas dengar suara aku.Haish.
I've had enough.Dah penat dengan lelaki.Sekarang ni aku nak suka pun susah.Sebab trusting issue punya pasal.Dah selalu kena tinggal cmtu mana tak frust.You gave them hope then you left without saying anything.Apahal bro?
Walaupun aku ada jugak rasa kecewa and a bit lonely kadang-kadang aku patut bersyukur dan berterima kasih aku ada kawan nak bergantung harap.Dan juga keluarga.Sebab diorang ada sentiasa.Boyfriend boleh dicari tapi sekali kita hilang kawan,payah nak ganti balik persahabatan tu.Sorang kawan baik aku cakap,biar takda boyfriend sekarang,bila dah tiba masanya dan orang tu sesuai dengan kita,insyaallah ia akan datang dengan sendirinya.Lagipun tak mati pun kalau takda boyfriend kan?
At least aku tak membazir kredit dan nak rasa insecure ka apa.Im totally happy with life i had now.Member lelaki? Sorang dua dah la.Malas nak ada banyak-banyak.Cukuplah time sekolah dulu aku dah kena macam-macam.
And now,i cant trust guys easily.With their sweet words,naik menyampah aku dibuatnya.
Apapun love in social network memang best tapi sometimes takda benefit langsung.Menambahkan dosa ada la.Ish ish.Jadi,kepada remaja perempuan dekat luar sana,biarkan cinta yang datang sendiri bila masanya tiba okay.Single is the best :)
Sekian,tu sahaja.Bye.XOXO.
Langgan:
Catatan (Atom)