Flight


Assalamualaikum

Semua orang tahu pasal MH370
Malaysia,Indonesia dan seluruh dunia
Menjadi trending di twitter,facebook
Dan hampir semua stesen televisyen juga.
Berita tentang kehilangan kapal terbang
Yang membawa  penumpangnya sekali
Hilang tanpa khabar berita

Ahli keluarga meratap bersedih
Tidak menyangka ahli keluarga mereka
Yang baru ketemu beberapa jam lalu
Hilang begitu sahaja
Sedih,marah,kecewa
Semuanya menjadi satu

Spekulasi datang bertalu-talu
Seolah bom yang menyerang sasarannya
Mereka yang tidak tahu apaapa
Terus sahaja membuat andaian begitu sahaja
Kerajaan itu dan ini
Terhempas,Mati di lautan
Ahh,manusia
Malaysian katanya
Pandai membuat spekulasi
Negativiti sentiasa ada di mana-mana
Tapi
Adakah mereka yang mengalaminya?

Menyedihkan pabila
segelintir selebriti malaysia
menulis 'tweet' seolah-olah
kejadian tersebut satu jenaka
sedangkan mereka tidak tahu
betapa deritanya kehilangan
ahli keluarga yang tersayang

Tolong,
hentikan segala spekulasi
hentikan segala negativiti
hentikan menyalahkan kerajaan,
dan berhenti menyalahkan
juruterbang yang membawa mereka

Tugas juruterbang bukan mudah
Membawa nyawa di langit udara
Sekali kesilapan
Maka hilanglah beribu nyawa
Tugas mereka itu terlalu mulia
Tolonglah faham

Tanpa kau sedari,
Allah menguji kita di sini
Kau,aku dan semuanya
Sejauh mana kita mengingati-nya
Ini adalah satu UJIAN
dan bukannya satu tohmahan
semata-mata

Jadi,
Jangan berhenti berharap
mereka yang masih menunggu di KLIA
Teruskan berdoa
Insya-allah
Allah s.w.t. sentiasa bersama kita

Doaku untuk kalian di sana
Semoga selamat sampai
Kami menanti
Kepulanganmu



-9/3/2014-

0 talks: