2017

I guess this blog has been abandoned like 2 years ago yet so many things and event happend.
I guess I miss writing here so much so I decided to come here.
Reading those old posts here make me realise betapa makin lama aku makin matang mungkin.
Maybe agak cringe baca benda tu semua tapi tu semua memories okay haha.
So many things changed.From the way I dress to my attitude.Its not its changing to bad its just changing to some kind of good.And yeah I really appreciate some people who has been in the process
So my age is increasing and look I am being 21 year old yang masih lagi tak cukup umur and get ready to go another phase of life.
Diploma is finished and now I am currently on my industrial training.
Entah aku merepek apa pun taktahu.Aku harap tahun ni bagi la benda yang elok jadi ye.
So yeah goodbye then see u soon

Politeknik?

Assalamualaikum and Hi semua

So taklama lagi adik-adik 97 nak masuk tempat belajar masing-masing right
ada yang masuk form 6,uitm,matrik and so on.And ada yang terpilih gi politeknik right.

So harini nak cerita pasal politeknik.Hope it helps.

So first sekali untuk ke Politeknik makesure korang follow procedure yang  diberi sebagai contoh
korang boleh la buat medical check up then dokumen penting so on.

Masa hari pendaftaran digalakkan pakai baju kurung ye and make sure datang awal masa hari pendaftaran untuk elakkan kena beratur panjang okay.

Well basically its better datang awal daftar untuk dapatkan uniform so on and then terus daftar kamsis pulak ye.Haa pasal kamsis ni ye setengah politeknik bilangan student satu bilik ni lain-lain.
Ada yang 2 dan ada yang 4 itu setahu aku la ye.

So after daftar apa semua,ofcourse kena tempuh MSK selama seminggu ye.MSK ni kita panggil as Minggu Suai Kenal gitu.Time tu la nak jumpa bakal bae la bakal bini suami la so on.Apa-apa jalah,

Tapi let me remind you makesure bawak benda yang penting ye jangan tertinggal apa-apa langsung.
Oh ya kalau bab pemakaian kat Politeknik ni kalau perempuan pakai baju kurung and lelaki kena pakai baju yang berkolar.Lelaki nak pakai baju melayu pun boleh.

Facilities semua okay so dont worry.Tempat makan ofcourse ada.Trust me politeknik is not scary place so tempuh dengan baik punya.

Memang akan ada setengah orang macam pandang rendah kat budak politeknik but trust me dont be.Kena bangga sebab politeknik ni kelebihan dia sangat banyak.And peluang pekerjaan tu sangat la cerah.Sapa cakap budak Politeknik ni takda masa depan kan?

Anyway goodluck for those yang nak masuk Politeknik ye.Best of luck adik-adik ye.


Change

This time
I am going to change for good

Im going to leave my past behind
and move forward for good

I try to change step by step
Leaving whats bad behind
and chasing the good

I may used to be bad girl
but lead me towards the sweetness of iman

And always recite me a doa for my change
Insyaallah amin.

Kenapa


Kenapa
hati aku masih tidak berputus asa
menyukaimu

Kenapa
aku masih menyukai kau
sedangkan aku sepatutnya membenci kau

Kenapa
hati aku masih sakit
bila melihat kau
masih belum melupakan masa lalu
sedangkan kau sepatutnya berjalan menuju hadapan

Kenapa,
aku masih meletak harapan setinggi langit
sedangkan aku tahu harapan itu hanya tinggal harapan?

Kenapa.


5 Delta

8 Februari 2015

Masuk tahun ni dah dekat dua tahun aku meninggalkan sekolah.Dalam masa tu jugak semua ahli keluarga 5 Delta berpecah ke laluan masing-masing.Ada yang stay situ,ada yang pi merata seluruh Malaysia dan aku masih di Penang,cumanya tempat belajar baru.

Tipu la kalau aku cakap aku tak rindu,tipu kalau aku cakap setiap kali aku singgah sekolah all those memories comes straightly into my head.Seolah-olah memori tu macam sebuah wayang atau video yang boleh direplay.

Aku masih boleh ingat sapa classmate aku,sapa teman semeja aku,sapa teman sembang aku dan sebagainya.

Now,nak buat reunion susah sebab masing-masing cuti tak sama.Kalau buat mesti akan ada yang tak hadir and that makes Delta uncomplete.

Damn time,why you came so fast.Tak lama lagi aku dah masuk semester 3 yeap tak lama
.
Ada yang kawan-kawan masuk degree yeah.Ada yang still diploma macam aku.

Esok lusa ntah-ntah ada yang kahwin cehh.

What makes Delta special for me?

Coz we are united for some kind of special reason.Maybe sebab dulu cikgu-cikgu yang tak kenal kami first impression mesti Delta ni teruk la apa

Just because majoriti lelaki tahu la ada masalah kaki ponteng la apa,tapi seponteng-ponteng depa pun alhamdulillah semua sambung belajar okay.Not even once tercicir.

As far i can remember,aku pernah jadi pembekal gula-gula dekat budak kelas aku,makanan sampai depa kata "Liana ni bukak koperasi pa dekat asrama" haha.Pernah jadi planner untuk majlis bukak puasa and first reunion.


Haha memories,tanpa sedar hati jadi sunyi ingat tu semua

Guys,i really miss you a lot.Eventhough i do hate some of you but i still love you as my friends.

This post should end here.Bye.


Mungkin

Mungkin
sudah tiba masanya
aku melepaskan kau pergi

Mungkin
sudah tiba masanya
aku pergi jauh dari hidup kau

Mungkin
sudah tiba masanya
untuk aku bangkit sendiri

Mungkin
aku perlu terima hakikat
yang tidak semua
berakhir dengan kebahagiaan
Its the bad memories of the past comes to haunt me back
Trying to make me drown by it

But this time i will never give up
I will stand by myself

I will makesure that I would never ever repeat the same mistake again

Thats my promise to myself

New

Begitu lama aku tinggalkan ini
Begitu lama aku tidak menulis di sini

Sibuk mencari dunia yang baru
Dunia di mana memori sudah pun dicipta
Dunia yang penuh manusia berpura-pura,
Manusia yang mengambil kesempatan
Andai kau baik sikit
Maka tidak hairan la kau dipijak pijak

Tapi,
terselit disitu sebuah kegembiraan
Kegembiraan yang kau sendiri takdapat gambarkan
Perasaan suka,sayang,cinta bercampur menjadi satu
Dan aku,
cukup gembira dengan itu
Mungkin bersederhana itu lebih baik.
Mungkin.

Itu dunia baru ku.

Hi


Hi dan Assalamualaikum

Its been a while since my last update

Well,mungkin sibuk nak kuruskan badan lepas tu nak prepare barang nak masuk universiti apa semua haha memang sibuk hidup penulis blog ni

Jadi apa khabar kawan-kawan? Semua mesti sihat kan? Ada yang baru habis minggu orientasi,ada yang start kuliah dah,ada yang tercangak dekat rumah macam saya ni haha

Sejujurnya nak sambung belajar tu memang tak sabar sebab persekitaran baru,kawan-kawan baru dari serata Malaysia dan mungkin jodoh itu ada acewahh kemain

I guess spending time a lot at home teaches me a lot.Cara nak jadi suri rumah berjaya,penganggur berjaya dan sebagainya tapi jauh dalam hati rindu dekat sekolah tu masih kuat,yelah situ tempat simpan kenangan apa semu takkan senang-senang nak lupa macam tu kot

Alhamdulillah so many great things and great people came to my life.I thanked Allah for that.

Apapun I wish a great success for all of us out there.And selamat bercuti kepada adik-adik ya

Sekian sampai sini sahaja

Insyaallah kalau rajin mood tengah bahagia kayak orang bercinta saya akan update lagi ehehhe

Bye Assalamualaikum :)

Latest news


Assalamualaikum dan Hi

Basically bulan ni memang bulan yang sibuk.Tambah pulak esok aku nak bersiap beli barang apa semua
Well Dally dah pi Matrik Kelantan tu pun dia mengadu line kat sana lembap alahai kesian hang dally,bawak bersabar yeee heheheNadia pulak melepas pi UM urmm Paah pulak pi sama dengan Dally

Taklama lagi semua pakat pi merata dah hmmm.Takpalah all the best to all of you guys.

Belajar elok-elok ye dont forget me acehhh

Taktau nak tulis apa dah.Bye.Assalamualaikum ehe



Where are you?


Hi dan Assalamualaikum

Sila abaikan gambar yang ntahpapa tu

Dalam usaha aku mencari identiti diri acehh dan menghabiskan masa yang bersisa sebagai penganggur berjaya,aku terlupa yang aku ada blog,Ya sungguh terlupa.

Bila terbaca yang cik mek sorang tu nak update blog,baru teringat ya allah blog aku dah lama bersarang.Alahai..Maaf la sesiapa yang singgah blog aku,aku memang ada masa tak update blog,Jadi terus terang aku cakap blog aku ni tak serancak macam dulu ya

Jadi,
Insyaallah lepas ni aku akan merajinkan diri untuk update,mungkin tak serancak blog-blog yang lain tapi sekadar berkongsi cerita mungkin boleh rasanya

Apapun #prayforUPU #prayforJPJ

Amin

Bye Assalamualaikum semua :)

Assalamualaikum dan Hi

Lately aku rasa down sangat,terlampau down sampai boleh buat aku nangis setiap hari,makin lama aku rasa makin emotional.Aku rasa macam aku bukan yang dulu.Entahla

Kawan-kawan gembira dapat keputusan matrik,rancak bersembang 'eh kau dapat matrik mane?' 'aku dapat matrik itu ini' Aku pulak hanya mampu berdiam diri,tak mampu nak bercakap apa.Dalam hati rasa tersayat berkali-kali.

Aku tahu aku tak patut sedih tapi aku cuma rasa kecewa sebab apa yang apply semua aku tak dapat,dari KPM ke GMI ke KPTM ke MATRIK satu pun aku dapat.Tapi ini apa yang aku rasa,aku cuma taknak kawan-kawan aku risau pasal aku,aku kalau boleh taknak susahkan diorang.

Aku rasa aku patut hantar email lagi dekat AnwarHadi takpun Mathluthfi kot baru pulih semangat tu balik eh.

300:Rise of an Empire


Hi and Assalamualaikum

Sorry for not updating for a long time.Masih lagi menulis cerpen yang entah bila nak habis,jadi aku decide nak tulis movie review.Nak dedahkan sikit movie tu macam mana ka apa okay :)

Basically movie 300 ni pasal perang,perang dan perang.Dan untuk 18 and above sahaja.Jadi adik-adik yang tengah sekolah tu kalau rasa nak tengok,tengok online ye tapi for your own risk lah sebab ada content yang ehem ehem.Okay.

So basically,movie 300 ni memang kena tengok dari awal.Sebab seperti sequel yang lain sebagai contoh Iron Man,Captain America,Cloudy,Lagenda Budak Setan,Zombi Kampung Pisang,Biskut.Tembikai la apa.Macam tu sama seperti 300.Dan masalahnya bagi aku,aku memang tak minat filem dari awal sebab rasa dia punya graphic failed.Nevermind

Dah datang dengan orang,diorang berdua pulak tu kena la faham.Ikut jelah.Hari Rabu biasalah plus time tu cuti sekolah kalau SCM tu tak sah kalau tak penuh dengan budak-budak yang baru nak mengenal dunia dan berasa cool dengan aktiviti bernama hangout.Gitu.

Dalam second movie ni,300 lebih kepada peperangan Athens dengan Persian,disebabkan oleh general Athens nama Themistokles *nama pelik tapi hensem orangnya* bunuh raja Parsi nama Darius.Disebabkan time tu anak dia nama Xerxes ada jadi dia sedih tak terhingga.Darius tu ada pesan dekat Xerxes yang hanya Tuhan sahaja yang boleh hancurkan Greeks.Tapi,Artemisia general kepada Parsi bagitau dekat Xerxes kata kata-kata ayah dia tu macam satu cabaran and then hantar Xerxes untuk korbankan jiwa kepada roh jahat.
Lepas bertukar i swear dia terus tak hensem lol.Dengan pakai cawat la apa hahaha

Dengan perang bla bla apa semua.Raja Sparta pun dah mati sebab kena bunuh dengan Xerxes,jadi permaisuri Queen Gorgo balas dendam.But the problem is ending tergantung sebab Xerxes tu masih hidup.
So far nak kata cerita ni memang best la jugak.

So,for those yang memang minat cerita perang-perang,u can watch this movie with your friends.But yeah its only for 18 and above jadi remaja bawah umur tak digalakkan tengok.Takut nanti jadi trend pulak haha.
Well thats only for today
Bye and Assalamualaikum




Kawan abang

Kawan abang
Semuanya hensem
Biasalah lelaki
bila dah besar
muka kemain bertukar
gitu

Tapi
tuanya
24 tahun
ya rabbi
boleh qualify nak kahwin

Teman disini
hanya mampu berasa kagum
sahaja
bukannya jatuh suka atau hati
sebab itu dilarang
kau nak ke
kena parang dengan abang sendiri?

Mungkin
suatu hari nanti
akan aku jumpa
lelaki macam mereka
sebab aku terlalu
mentah dan naif
untuk jatuh suka
kepada lelaki

-saja ditulis tiada kaitan dengan realiti-

SPM

2 hari lagi
Penentuan segala
Aku bersama rakanku
Masih menanti
Tidak sabar rasanya
berjumpa dengan semua

Nanti,
akan ada yang menangis
akan ada yang gembira
akan ada yang maintain cool
semua ada
cuma kau lihat sahaja

Aku taktahu
adakah aku akan dapat
keputusan yang baik
atau sebaliknya
cuma tunggu dan lihat

Kalau boleh
aku taknak
kecewakan mak ayah
abang,cikgu
dan kawan-kawan
yang ajar aku setiap hari
yang beri aku dorongan

Insyaallah aku harap
kami semua dan yang lain di seluruh Malaysia
mendapat keputusan cemerlang
dalam SPM
Amin.

Kapal terbang


Assalamualaikum dan Hi

Berita masih lagi dalam mood MH370
Thats good sebab sekurang-kurangnya gosip ntahpape tu stop la ye
Udah-udah gosip artis tu.Merepek,propa je lebih
Oh,kepada yang minat artis Malaysia tu jangan marah ye.No offense
Jangan cakap teman tak mengaku teman orang Malaysia udah le

Okay,
Jadi aku nak cerita pengalaman aku naik kapal terbang
Sebab kenapa aku nak cerita?
Sebab aku dah tengok banyak budak *panggilan untuk mereka sebab perangai nampak tak matang
tulis benda yang merepek pasal MH370
Panas hati beb baca.Depa buat serupa depa tau semuanya
Secara tiba-tiba muncul pakar aviation,pakar engineer,pakar commentator
Ya Allah,serius banyak.Tambah pulak pakar politik
Pakar paranoid dengan tarikh? Pun ada.Haih
Yang cakap tu remaja seusia dengan aku kot.Sedih? Pun ada.Haih.Okay lets stop right here

Ada mak orang Sabah nak balik kampung ofcourse kena naik flight
Tapi nak balik tu jarang.Setahun sekali.Bila balik je pastu balik Penang balik mesti rindu
Nangis? Mestilah.Ada makcik,sepupu jauh.Nak jumpa pun jarang.Balik je makin besar.
The best part is,dapat naik flight setiap tahun ewah.
Memang masa naik tu nampak scary but seriously juruterbang and semua krew tu akan buat
yang terbaik untuk pastikan semua penumpang dalam keadaan selamat and selesa
walaupun langgar awan,lalu atas banjaran titiwangsa,it mean that was their job
kenapa nak pertikaikan yang tu?

Aku taktahu,
aku rasa dah penat nak baca segala comment dekat facebook,even group yang aku join aku out sebab tak larat nak tengok budak-budak melayu bergaduh sama sendiri.Politik lah apa.Rasa diri dah besar.Dah mampu nak pegang dunia dengan tangan sendiri.Gitu.

Hmm,kepada keyboard warrior di luar sana,tolong la takyah buat statement membabi buta.Korang ingat korang dah cukup terer ke nak buat statement cmtu? Aku baca ni pun rasa macam nak lempang je.Hm,ntahla.Thats all

Bye,Assalamualaikum



Flight


Assalamualaikum

Semua orang tahu pasal MH370
Malaysia,Indonesia dan seluruh dunia
Menjadi trending di twitter,facebook
Dan hampir semua stesen televisyen juga.
Berita tentang kehilangan kapal terbang
Yang membawa  penumpangnya sekali
Hilang tanpa khabar berita

Ahli keluarga meratap bersedih
Tidak menyangka ahli keluarga mereka
Yang baru ketemu beberapa jam lalu
Hilang begitu sahaja
Sedih,marah,kecewa
Semuanya menjadi satu

Spekulasi datang bertalu-talu
Seolah bom yang menyerang sasarannya
Mereka yang tidak tahu apaapa
Terus sahaja membuat andaian begitu sahaja
Kerajaan itu dan ini
Terhempas,Mati di lautan
Ahh,manusia
Malaysian katanya
Pandai membuat spekulasi
Negativiti sentiasa ada di mana-mana
Tapi
Adakah mereka yang mengalaminya?

Menyedihkan pabila
segelintir selebriti malaysia
menulis 'tweet' seolah-olah
kejadian tersebut satu jenaka
sedangkan mereka tidak tahu
betapa deritanya kehilangan
ahli keluarga yang tersayang

Tolong,
hentikan segala spekulasi
hentikan segala negativiti
hentikan menyalahkan kerajaan,
dan berhenti menyalahkan
juruterbang yang membawa mereka

Tugas juruterbang bukan mudah
Membawa nyawa di langit udara
Sekali kesilapan
Maka hilanglah beribu nyawa
Tugas mereka itu terlalu mulia
Tolonglah faham

Tanpa kau sedari,
Allah menguji kita di sini
Kau,aku dan semuanya
Sejauh mana kita mengingati-nya
Ini adalah satu UJIAN
dan bukannya satu tohmahan
semata-mata

Jadi,
Jangan berhenti berharap
mereka yang masih menunggu di KLIA
Teruskan berdoa
Insya-allah
Allah s.w.t. sentiasa bersama kita

Doaku untuk kalian di sana
Semoga selamat sampai
Kami menanti
Kepulanganmu



-9/3/2014-

Love In Social Network


Assalamualaikum dan Hi semua pembaca :)

Love in social network,kalau engkorang baca sekarang,mesti dalam kepala tu fikir cinta dalam laman sosial,cinta secara online.Betul.Tersangatlah betul.

10 markah untuk anda semua

Dah banyak dah love in social network ni.Dah macam trend zaman sekarang.You look at him/her pictures,fall in love,then say hi and tup tap tup tap bom bang walaa couple.Takpun teman tapi mesra.Bila orang tanya "eh,taklah kitorang kawan je" Ayat paling cliche sepanjang zaman.

Dan selalunya pasangan-pasangan ni bermula berkenal-kenalan di laman sosial yang femes seperti facebook dan twitter.Tapi kalau ambik kira sekarang Twitter la kan.Jadi,macam mana diorang boleh kenal sampai boleh fall in love through social network?

Satu,selalunya kalau anda bernasib baik ada rupa yang agak cantik dan handsome keberangkalian nak dapat soulmate sementara sebelum kahwin yang lambat lagi ni amat tinggi.Yup,this is the truth.Dan kebanyakan daripada mereka mempunyai followers yang agak ramai.Tak percaya sila lihat menggunakan akaun twitter anda sendiri.Okay tamat di sini.

Seterusnya,kalau anda suka tweet ayat yang best dan nampak awesome dari cara yang tersendiri,kemungkinan love in social network itu ada.Ya.

Dan kebanyakan daripada mereka dapat bertahan selama bertahun dan ada juga sampai 2 3 4 5 6 7 8 bulan.

Tapi itu kisah mereka,ini pula kisah aku

Pengalaman aku dengan love in social network ni,hampir semua tak happy ending.Semua.

Bermula dengan seminggu,dan kemudian sebulan,dua bulan,tiga bulan dan akhirnya 4 hari.

Salah kenal lelaki.Jenis yang fikir pasal benda pelik-pelik tu,jenis yang fikir pasal diri sendiri then blame me for kesalahan yang dia sendiri buat,jenis yang penting rupa.Tambah pulak dengan suara aku yang macam immature girl padahal dah lapan belas tahun ni lagi diorang reject terus lepas dengar suara aku.Haish.

I've had enough.Dah penat dengan lelaki.Sekarang ni aku nak suka pun susah.Sebab trusting issue punya pasal.Dah selalu kena tinggal cmtu mana tak frust.You gave them hope then you left without saying anything.Apahal bro?

Walaupun aku ada jugak rasa kecewa and a bit lonely kadang-kadang aku patut bersyukur dan berterima kasih aku ada kawan nak bergantung harap.Dan juga keluarga.Sebab diorang ada sentiasa.Boyfriend boleh dicari tapi sekali kita hilang kawan,payah nak ganti balik persahabatan tu.Sorang kawan baik aku cakap,biar takda boyfriend sekarang,bila dah tiba masanya dan orang tu sesuai dengan kita,insyaallah ia akan datang dengan sendirinya.Lagipun tak mati pun kalau takda boyfriend kan?

At least aku tak membazir kredit dan nak rasa insecure ka apa.Im totally happy with life i had now.Member lelaki? Sorang dua dah la.Malas nak ada banyak-banyak.Cukuplah time sekolah dulu aku dah kena macam-macam.

And now,i cant trust guys easily.With their sweet words,naik menyampah aku dibuatnya.

Apapun love in social network memang best tapi sometimes takda benefit langsung.Menambahkan dosa ada la.Ish ish.Jadi,kepada remaja perempuan dekat luar sana,biarkan cinta yang datang sendiri bila masanya tiba okay.Single is the best :)

Sekian,tu sahaja.Bye.XOXO.

SUPERB GIVEAWAY




Ada giveaway baru ni.Jangan lupa join ye :D Ada banyak hadiah menarik Maklumat lanjut boleh terus buka link giveaway bawah ni.Sekian.Assalamualaikum :D

Bestfriend


Assalamualaikum dan Hi

Sepanjang hidup kawan baik gua ada banyak.Dari tadika sampai banyak.Tapi satu-satu hilang.

Masa gua tadika dulu gua ada sorang kawan baik.Nama dia I.Boleh dikatakan gua kawan dengan dia sebab kami sahaja yang melayu.Well,i tadika cina uolls.Siap menari berjoget boleh ewah.

Tapi naik sekolah rendah gua tak rapat dengan dia.Aku start rapat dengan orang lain.Dapat la kawan baru dua orang nama A dengan A.Double AA.Hahaha.Kami kawan baik start darjah dua tiga sampai darjah enam.

Naik sekolah menengah,gua result tak berapa okay.4A 1B la katakan.Time tu orang pandang 5A la kateko then eden berpisah dengan teman-teman.Double AA tu pi sekolah sama well aku pulak pi sekolah biasa.Tapi bersyukur dapat kelas agama tu haa hambik engko.

Lepastu gua pindah sekolah sama dengan depa,gua ingatkan rapat la padahal jadi renggang.Dari situ dapat kawan baru pulak.Mula-mula memang tak rapat lama-lama jadi kamceng gitu

Then sorang sorang pindah.Dari lima jadi tiga.Sedih la beb.Nangis teruk gua time tu.Dahla result tak berapa okay,tambah teman den nak pindah

Sekarang ni,sorang dah sambung belajar dekat UTP,sorang lagi sibuk kerja la apa la.Yang lagi tiga sibuk menganggur.

Tapi bila sorang kawan aku sedih,aku takboleh nak buat apa-apa.Aku taktau.Dia sedih,aku lagi sedih.Rasa nak menangis pun ada.Kawan baik aku.Kalau boleh nak ja aku keluar macam tu.Tapi apa boleh aku buat hm.

Kepada kawan-kawan aku sayang hampa,rindu hampa

Bye