17th birthday



Assalamualaikum w.b.t and hi everyone.

Terasa nak tulis pulak.Happy birthday to me! Hehehe *walaupun birthday dah lepaih.

Terima kasih dekat semua yang wish,Terima kasih dekat Dalilah sebab bagi kad raya sekali dengan hadiah hehe,adik-adik bilik yang wish terlebih awal,kawan baik saya Nadia,dan semuanya.Hehhe.


 Twitter


Facebook

And last but not least dekat blog kesayangan,Nadia!

Hihi terharu uols.Thanks for everything people :)



Hari Istimewa



Seronok betul dia harini.

Apa tidaknya esok hari lahirnya.Dalam hati tertanya-tanya bagaimana keadaan esok? Bla bla dan sebagainya
Tersenyum sendiri sambil memeluk bantal dan di tangannya telefon iphone tersedia.

Tidak sabar menunggu detik 12 tengah malam.Tetapi,sedikit demi sedikit menuju penantiannya satu persatu perkara membebaninya.

Ada sahaja benda membuatkan dia sedih.Alahai hati,bersabarlah.Walaupun air matanya jatuh berderai.

Teringat dia kepada rakan baiknya.Rindu terbit di hati walaupun hanya beberapa hari tidak bersua.Ke mana kau pergi? desis hatinya.

tick,tick,tick jam  loceng menandakan tepat jam 12.Selamat hari lahir kepada dirinya sendiri.Kata dirinya.

dia membuka facebooknya,ada notification.mungkin ucapan selamat hari lahir barangkali.

bosan menunggu.dia membuat keputusan untuk tidur sahaja.lampu ditutup.

sejam kemudian....

tiba-tiba telefonnya berdering.dia mengangkat.

"happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to alia,
happy birthday to you."

suara yang cukup dikenali membuatkan dia menangis semula.sekian lama dia tidak bercakap dengan lelaki itu.hanya bercakap melalui ruangan laman bisu bernama whatsapp.terimbau kembali kejadian menyayat hati itu.dia diam seketika sebelum bercakap dengan lelaki itu kembali.

"Terima kasih balasnya sambil teresak-esak"
"Hey,kenapa nangis ni?" suara kedengaran cukup prihatin
"Entahla.Tension kot"
"La,birthday girl takpayah la tension.Sorry wish lambat tadi main futsal"
"Takpa its okay.Thanks again"
"Dah,gi tido.Bye assalamualaikum

Talian dimatikan.

Dia berasa harinya cukup bermakna.Seperti ada cahaya matahari menyinar di wajahnya.Dia tersenyum dan melelapkan matanya

Itu kali keempat dan terakhir dia mendengar suara lelaki itu.

Perasaan



Semua orang ada perasaan.Yes,jangan fikir manusia tu android (bukan android dalam telefon semartfone anda itu) sebab semuanya ada perasaan.Tak ada Allah s.w.t ciptakan hambanya tiada perasaan.Kalau tak macam mana marah tu ada? suka dan sayang tu ada? Think.


Tak semua orang hatinya lembut.Ada yang keras sampai orang panggil keras hati.Ada yang jenis takda perasaaan langsung.Itu namanya heartless.Perasaan kosong.Kira orang buat naya pun muka watlek.Tapi rasanya takda kot.Kalau ada sila beritahu ya.

Kena ingat semua orang ada perasaan.Tak semua yang jenis okay bila kita buat dia terasa.Tak semua yang akan senyum walaupun kita cakap benda yang menyakitkan hati bagi dia.Manusia yang hatinya lembut ni sensitif.Jiwa dia nak disayangi.Diorang yang jenis orang buat la apa-apa pun tapi dia biarkan ja.Sebab apa? sebab dia sayang orang sekeliling dia.Taknak ubah keadaan yang akan buat dia sedih selamanya.Faham?

Sebab itu,kena jaga perasaan sesama manusia.Jangan nak ikut ego kepala otak sendiri.Lu kena ingat kita hidup bersaudara.Even tak kenal macam mana pun.Sebab agama kita sendiri mengajar kita begitu.Okay?
Jangan nak ikut kepala sendiri.Sampai bila orang tak akan hormat anda kalau anda berperangai begitu.Okay?

Nota tepi:Ini untuk umum.Bukan untuk ditembak kepada peribadi mana-mana individu.

Sekian,Assalamualaikum :))

Pembuka kata


Assalamualaikum w.b.t

Terlampau lama agaknya blog ni dibiarkan begitu sahaja.Bukannya rasa ignorant ka apa tapi terlampau sibuk sampai tak cukup tanah nak jejak.Kerja sekolah,kerja biro,masalah adik-adik,kawan-kawan,sekolah.Satu persatu datang bertubi-tubi tanpa henti.Tapi apa pun kena back to Allah s.w.t.Kena ingat Allah s.w.t bagi semua ni sebab nak uji sejauh mana keimanan kita dekat Allah s.w.t.Okay.Oh ya,tahniah dekat BN sebab menang PRU13.Harapnya,semua benda alah ni cepat habis.Insya-Allah.Goodluck untuk form 2,3,4 and especially semua fivers.Semoga kita boleh berjaya dapat keputusan yang baik dapat PPT ni.Amin.Sekian sahaja,bye dan assalamualaikum :)

Mereka




Tidak dinafikan,hubungan kawan antara dia dengan mereka agak renggang selepas kejadian tu.Minggu pertama lepas kejadian,tak bercakap langsung.Minggu kedua,masih sama.Beberapa minggu kemudian,keadaan menjadi baik dari sebelumnya.Tapi masih sama.Mereka hanya bercakap apabila dia tiada Dia hairan.Adakah mereka takut atau sebaliknya? Entah,pada mulanya mungkin dia sedih tapi lama kelamaan dia  sedar yang selama ini dia hidup bukannya kerana mereka.Dia gembira bukan sebab mereka.Dia tak perlu mereka.Dia sudah ada rakan-rakan yang mengenalinya serta memahami.Bukannya jenis friends of benefit.Yang hanya ada bila senang tapi tiada masa susah.

Yang penting,dia tak perlukan mereka.Sekian.

Dia (2)


"Mengaku jelah kau buat cerita selama ni"

Disangka perkara ini sudah tamat,tapi rupanya makin teruk jadinya.Mungkin salahnya juga sebab berdiam diri dan tidak cuba memberitahu perkara yang sebenarnya.Tapi lebih baik dia terus berdiam diri daripada berkata.Namun,pada suatu hari,sedang rakan baiknya sedang berbincang dengan partnernya iaitu junior mereka,tiba-tiba dia terasa ingin bertanyakan sesuatu.Mungkin dia merasakan juniornya itu berpengetahuan luas dalam ilmu,jadi mungkin ini masanya dia memerlukan pendapat.Juniornya itu merasakan pelik apabila ditanya soalan sebegitu lantas bertanyakan kepadanya."Kak,what happend? Tell me everything.Dia merasakan berat untuk menceritakan.Tapi,dia memilih untuk bercerita.Sapa sangka dari situ bermulanya satu kejadian yang lebih meninggalkan kesan dalam hatinya?  Dari situ,dia merasakan sedikit sebanyak bebannya hilang hasil sokongan juniornya.

Dua hari kemudian...
Seperti biasa,hari itu mereka mengadakan perbincangan beramai-ramai.Sedang dia asyik bergelak-ketawa,tiba-tiba dia dipanggil oleh lelaki itu.Dia merasa sedikit trauma di situ namun rakannya berkata"settle elok-elok okay" dia tersenyum.Pada mulanya dia hanya menyangka dia,rakannya dengan lelaki itu sahaja menyelesaikan masalah mereka.Secara tiba-tiba satu persatu rakan-rakan lelaki itu datang duduk mengelilingi mereka.Dia dan rakannya berusaha menjelaskan situasi sebenar berkali-kali tapi lelaki itu terlampau ego.Dan bahagian paling klimaks,junior yang mereka ceritakan hari itu berkata kepadanya tidak akan mempercayainya.Dia terdiam.Dia tidak menyangka akan terjadinya sebegini.Dan pengakhirannya,lelaki itu mengamuk di hadapan mereka.Dan terus pergi meninggalkan mereka.Dia menangis.Dia tidak mempedulikan sekeliling mereka.Lantaklah junior nak cakap apa.Yang penting,dia sedih.Cukup sedih dengan apa yang berlaku.Kawannya turut menangis.Sedih kerana rakannya diperlakukan sebegitu.Dan mereka terus pergi ke bilik mereka.

Dan pengakhirannya? Masih sama.

Dia

"Kau duduk sini buat perangai elok-elok sikit"

Sapa sangka petang Ahad yang damai lagi mendamaikan jadi rosak macam tu saja.Sapa sangka kejadian tu akan berbekas dalam hati dia umpama nanah.Tak disangka orang itu boleh berkata begitu padanya.Tak disangka bermula dari situ satu persatu titik hitam berlaku dalam hidupnya.

Niat di hati sudah melupakan apa yang terjadi.Tapi malangnya,orang itu masih belum melupakan apa yang berlaku.Bak kata orang,itu dipanggil dendam.Dek kerana terlampau percaya dengan cerita di sekeliling yang entah betul atau tidak,si dia jadi mangsa melepaskan kemarahannya.Sedangkan,si dia sudah melupakan apa yang berlaku tetapi dalam hatinya sakit, tersangat-sangat sakit.Dia tak pernah mahu semua ini terjadi.Dia cuma mahu seperti dulu

Dia dituduh membuat cerita tentang orang itu kepada semua orang.Sedangkan,benda lain yang berlaku sebaliknya.Dia berusaha berkali-kali memohon maaf.Tapi,orang itu tetap tidak mempedulikan maafnya.Ego katakan.Dia berasa sangat kecewa dan hatinya sakit bagai disiat-siat.Terasa mahu menangis ketika itu tapi akal menghalang berbuat demikian.Sepatutnya dia pergi sahaja dari situ.Biar orang itu rasa apa yang dia rasa ketika itu tapi nanti dikata kurang ajar pula.Dan dia memilih untuk berdiri di situ sehingga orang itu habis bercakap.

Akhirnya,benda itu habis begitu sahaja.Ketika pergi barulah orang itu memohon maaf.Terkasar bahasa kononnya.Dia tetap memilih memaafkan orang itu kerana dia menyangka semua benda itu akan tamat di situ.Malangnya,itu hanya indah khabar dari rupa.Beberapa hari kemudiannya,orang itu menempelaknya dengan perkataan dan ayat tak sepatutnya.

Sungguh dia terasa.Tak disangka begitu jadinya.Sangka semua dah berakhir tapi orang itu masih menyimpan sikap tak puas hati terhadapnya.Dia bersabar sebab dia malas nak cari pasal lagi.Cukup la dengan apa yang terjadi.Dia pulang dengan penuh kekecewaan dan kesedihan.Tak sangka,esoknya niatnya ingin menolong disalah erti.orang itu masih menempelaknya dengan perkataan yang sama.Yang bestnya,"kawan baik" orang itu turut join sekali.Hebat katakan buat perbuatan sebegitu.Sokong kawan baik la katakan.

Penat dan muak dengan apa yang berlaku,dia pergi menolong adik-adik junior.Sedikit sebanyak hatinya terhibur tapi tak disangka selepas itu hatinya lagi sakit.Dia bercadang untuk makan terus mati seleranya.Dia terus pergi dari situ dan duduk di pondok berseorangan dalam kawasan asrama.Dia menangis megenangkan apa yang terjadi.Dia teringat cikgu kesayangannya yang kini sudah berpindah jauh dari sini dan cikgu Add math yang akan berpindah tak lama lagi.Dia sedih sungguh sedih ketika itu.Tiba-tiba dia terkejut apabila dua rakan baiknya datang menuju ke arahnya tapi dia pelik apabila sorang menangis sambil marah-marah.

Tanpa disangka rakan baiknya itu memarahi orang itu kerana membuatnya sebegitu.Sedikit sebanyak dia terharu kerana tak sangka rakannnya boleh buat perkara sebegitu.Tapi yang sedihnya,orang itu dengan mudah mendengar cerita orang di sekelilingnya.Sungguh percaya sampai tak dapat menafsir apa yang benar dan tidak.Yang lawaknya,kawan baiknya boleh pula kata "kesian dekat dia,blablabla" habis tu dia tak patut dikasihani.Lagi best,ada yang sanggup backing dia sedangkan tak tahu cerita sebenar.

Cuma satu,kan bagus kalau siasat terlebih dulu? kan bagus kalau letak dalam mindset pedulikan apa orang nak kata? kan bagus kalau bawak dia berbincang elok-elok.Tapi orang itu tidak buat begitu.Dia pilih untuk simpan dalam hati sampai jadi satu dendam.

Aku harap orang itu akan sedar.Mungkin suatu hari nanti.