Dia (2)


"Mengaku jelah kau buat cerita selama ni"

Disangka perkara ini sudah tamat,tapi rupanya makin teruk jadinya.Mungkin salahnya juga sebab berdiam diri dan tidak cuba memberitahu perkara yang sebenarnya.Tapi lebih baik dia terus berdiam diri daripada berkata.Namun,pada suatu hari,sedang rakan baiknya sedang berbincang dengan partnernya iaitu junior mereka,tiba-tiba dia terasa ingin bertanyakan sesuatu.Mungkin dia merasakan juniornya itu berpengetahuan luas dalam ilmu,jadi mungkin ini masanya dia memerlukan pendapat.Juniornya itu merasakan pelik apabila ditanya soalan sebegitu lantas bertanyakan kepadanya."Kak,what happend? Tell me everything.Dia merasakan berat untuk menceritakan.Tapi,dia memilih untuk bercerita.Sapa sangka dari situ bermulanya satu kejadian yang lebih meninggalkan kesan dalam hatinya?  Dari situ,dia merasakan sedikit sebanyak bebannya hilang hasil sokongan juniornya.

Dua hari kemudian...
Seperti biasa,hari itu mereka mengadakan perbincangan beramai-ramai.Sedang dia asyik bergelak-ketawa,tiba-tiba dia dipanggil oleh lelaki itu.Dia merasa sedikit trauma di situ namun rakannya berkata"settle elok-elok okay" dia tersenyum.Pada mulanya dia hanya menyangka dia,rakannya dengan lelaki itu sahaja menyelesaikan masalah mereka.Secara tiba-tiba satu persatu rakan-rakan lelaki itu datang duduk mengelilingi mereka.Dia dan rakannya berusaha menjelaskan situasi sebenar berkali-kali tapi lelaki itu terlampau ego.Dan bahagian paling klimaks,junior yang mereka ceritakan hari itu berkata kepadanya tidak akan mempercayainya.Dia terdiam.Dia tidak menyangka akan terjadinya sebegini.Dan pengakhirannya,lelaki itu mengamuk di hadapan mereka.Dan terus pergi meninggalkan mereka.Dia menangis.Dia tidak mempedulikan sekeliling mereka.Lantaklah junior nak cakap apa.Yang penting,dia sedih.Cukup sedih dengan apa yang berlaku.Kawannya turut menangis.Sedih kerana rakannya diperlakukan sebegitu.Dan mereka terus pergi ke bilik mereka.

Dan pengakhirannya? Masih sama.

0 talks: