Dia

"Kau duduk sini buat perangai elok-elok sikit"

Sapa sangka petang Ahad yang damai lagi mendamaikan jadi rosak macam tu saja.Sapa sangka kejadian tu akan berbekas dalam hati dia umpama nanah.Tak disangka orang itu boleh berkata begitu padanya.Tak disangka bermula dari situ satu persatu titik hitam berlaku dalam hidupnya.

Niat di hati sudah melupakan apa yang terjadi.Tapi malangnya,orang itu masih belum melupakan apa yang berlaku.Bak kata orang,itu dipanggil dendam.Dek kerana terlampau percaya dengan cerita di sekeliling yang entah betul atau tidak,si dia jadi mangsa melepaskan kemarahannya.Sedangkan,si dia sudah melupakan apa yang berlaku tetapi dalam hatinya sakit, tersangat-sangat sakit.Dia tak pernah mahu semua ini terjadi.Dia cuma mahu seperti dulu

Dia dituduh membuat cerita tentang orang itu kepada semua orang.Sedangkan,benda lain yang berlaku sebaliknya.Dia berusaha berkali-kali memohon maaf.Tapi,orang itu tetap tidak mempedulikan maafnya.Ego katakan.Dia berasa sangat kecewa dan hatinya sakit bagai disiat-siat.Terasa mahu menangis ketika itu tapi akal menghalang berbuat demikian.Sepatutnya dia pergi sahaja dari situ.Biar orang itu rasa apa yang dia rasa ketika itu tapi nanti dikata kurang ajar pula.Dan dia memilih untuk berdiri di situ sehingga orang itu habis bercakap.

Akhirnya,benda itu habis begitu sahaja.Ketika pergi barulah orang itu memohon maaf.Terkasar bahasa kononnya.Dia tetap memilih memaafkan orang itu kerana dia menyangka semua benda itu akan tamat di situ.Malangnya,itu hanya indah khabar dari rupa.Beberapa hari kemudiannya,orang itu menempelaknya dengan perkataan dan ayat tak sepatutnya.

Sungguh dia terasa.Tak disangka begitu jadinya.Sangka semua dah berakhir tapi orang itu masih menyimpan sikap tak puas hati terhadapnya.Dia bersabar sebab dia malas nak cari pasal lagi.Cukup la dengan apa yang terjadi.Dia pulang dengan penuh kekecewaan dan kesedihan.Tak sangka,esoknya niatnya ingin menolong disalah erti.orang itu masih menempelaknya dengan perkataan yang sama.Yang bestnya,"kawan baik" orang itu turut join sekali.Hebat katakan buat perbuatan sebegitu.Sokong kawan baik la katakan.

Penat dan muak dengan apa yang berlaku,dia pergi menolong adik-adik junior.Sedikit sebanyak hatinya terhibur tapi tak disangka selepas itu hatinya lagi sakit.Dia bercadang untuk makan terus mati seleranya.Dia terus pergi dari situ dan duduk di pondok berseorangan dalam kawasan asrama.Dia menangis megenangkan apa yang terjadi.Dia teringat cikgu kesayangannya yang kini sudah berpindah jauh dari sini dan cikgu Add math yang akan berpindah tak lama lagi.Dia sedih sungguh sedih ketika itu.Tiba-tiba dia terkejut apabila dua rakan baiknya datang menuju ke arahnya tapi dia pelik apabila sorang menangis sambil marah-marah.

Tanpa disangka rakan baiknya itu memarahi orang itu kerana membuatnya sebegitu.Sedikit sebanyak dia terharu kerana tak sangka rakannnya boleh buat perkara sebegitu.Tapi yang sedihnya,orang itu dengan mudah mendengar cerita orang di sekelilingnya.Sungguh percaya sampai tak dapat menafsir apa yang benar dan tidak.Yang lawaknya,kawan baiknya boleh pula kata "kesian dekat dia,blablabla" habis tu dia tak patut dikasihani.Lagi best,ada yang sanggup backing dia sedangkan tak tahu cerita sebenar.

Cuma satu,kan bagus kalau siasat terlebih dulu? kan bagus kalau letak dalam mindset pedulikan apa orang nak kata? kan bagus kalau bawak dia berbincang elok-elok.Tapi orang itu tidak buat begitu.Dia pilih untuk simpan dalam hati sampai jadi satu dendam.

Aku harap orang itu akan sedar.Mungkin suatu hari nanti.


0 talks: