Hi


Hi dan Assalamualaikum

Its been a while since my last update

Well,mungkin sibuk nak kuruskan badan lepas tu nak prepare barang nak masuk universiti apa semua haha memang sibuk hidup penulis blog ni

Jadi apa khabar kawan-kawan? Semua mesti sihat kan? Ada yang baru habis minggu orientasi,ada yang start kuliah dah,ada yang tercangak dekat rumah macam saya ni haha

Sejujurnya nak sambung belajar tu memang tak sabar sebab persekitaran baru,kawan-kawan baru dari serata Malaysia dan mungkin jodoh itu ada acewahh kemain

I guess spending time a lot at home teaches me a lot.Cara nak jadi suri rumah berjaya,penganggur berjaya dan sebagainya tapi jauh dalam hati rindu dekat sekolah tu masih kuat,yelah situ tempat simpan kenangan apa semu takkan senang-senang nak lupa macam tu kot

Alhamdulillah so many great things and great people came to my life.I thanked Allah for that.

Apapun I wish a great success for all of us out there.And selamat bercuti kepada adik-adik ya

Sekian sampai sini sahaja

Insyaallah kalau rajin mood tengah bahagia kayak orang bercinta saya akan update lagi ehehhe

Bye Assalamualaikum :)

Latest news


Assalamualaikum dan Hi

Basically bulan ni memang bulan yang sibuk.Tambah pulak esok aku nak bersiap beli barang apa semua
Well Dally dah pi Matrik Kelantan tu pun dia mengadu line kat sana lembap alahai kesian hang dally,bawak bersabar yeee heheheNadia pulak melepas pi UM urmm Paah pulak pi sama dengan Dally

Taklama lagi semua pakat pi merata dah hmmm.Takpalah all the best to all of you guys.

Belajar elok-elok ye dont forget me acehhh

Taktau nak tulis apa dah.Bye.Assalamualaikum ehe



Where are you?


Hi dan Assalamualaikum

Sila abaikan gambar yang ntahpapa tu

Dalam usaha aku mencari identiti diri acehh dan menghabiskan masa yang bersisa sebagai penganggur berjaya,aku terlupa yang aku ada blog,Ya sungguh terlupa.

Bila terbaca yang cik mek sorang tu nak update blog,baru teringat ya allah blog aku dah lama bersarang.Alahai..Maaf la sesiapa yang singgah blog aku,aku memang ada masa tak update blog,Jadi terus terang aku cakap blog aku ni tak serancak macam dulu ya

Jadi,
Insyaallah lepas ni aku akan merajinkan diri untuk update,mungkin tak serancak blog-blog yang lain tapi sekadar berkongsi cerita mungkin boleh rasanya

Apapun #prayforUPU #prayforJPJ

Amin

Bye Assalamualaikum semua :)

Assalamualaikum dan Hi

Lately aku rasa down sangat,terlampau down sampai boleh buat aku nangis setiap hari,makin lama aku rasa makin emotional.Aku rasa macam aku bukan yang dulu.Entahla

Kawan-kawan gembira dapat keputusan matrik,rancak bersembang 'eh kau dapat matrik mane?' 'aku dapat matrik itu ini' Aku pulak hanya mampu berdiam diri,tak mampu nak bercakap apa.Dalam hati rasa tersayat berkali-kali.

Aku tahu aku tak patut sedih tapi aku cuma rasa kecewa sebab apa yang apply semua aku tak dapat,dari KPM ke GMI ke KPTM ke MATRIK satu pun aku dapat.Tapi ini apa yang aku rasa,aku cuma taknak kawan-kawan aku risau pasal aku,aku kalau boleh taknak susahkan diorang.

Aku rasa aku patut hantar email lagi dekat AnwarHadi takpun Mathluthfi kot baru pulih semangat tu balik eh.

300:Rise of an Empire


Hi and Assalamualaikum

Sorry for not updating for a long time.Masih lagi menulis cerpen yang entah bila nak habis,jadi aku decide nak tulis movie review.Nak dedahkan sikit movie tu macam mana ka apa okay :)

Basically movie 300 ni pasal perang,perang dan perang.Dan untuk 18 and above sahaja.Jadi adik-adik yang tengah sekolah tu kalau rasa nak tengok,tengok online ye tapi for your own risk lah sebab ada content yang ehem ehem.Okay.

So basically,movie 300 ni memang kena tengok dari awal.Sebab seperti sequel yang lain sebagai contoh Iron Man,Captain America,Cloudy,Lagenda Budak Setan,Zombi Kampung Pisang,Biskut.Tembikai la apa.Macam tu sama seperti 300.Dan masalahnya bagi aku,aku memang tak minat filem dari awal sebab rasa dia punya graphic failed.Nevermind

Dah datang dengan orang,diorang berdua pulak tu kena la faham.Ikut jelah.Hari Rabu biasalah plus time tu cuti sekolah kalau SCM tu tak sah kalau tak penuh dengan budak-budak yang baru nak mengenal dunia dan berasa cool dengan aktiviti bernama hangout.Gitu.

Dalam second movie ni,300 lebih kepada peperangan Athens dengan Persian,disebabkan oleh general Athens nama Themistokles *nama pelik tapi hensem orangnya* bunuh raja Parsi nama Darius.Disebabkan time tu anak dia nama Xerxes ada jadi dia sedih tak terhingga.Darius tu ada pesan dekat Xerxes yang hanya Tuhan sahaja yang boleh hancurkan Greeks.Tapi,Artemisia general kepada Parsi bagitau dekat Xerxes kata kata-kata ayah dia tu macam satu cabaran and then hantar Xerxes untuk korbankan jiwa kepada roh jahat.
Lepas bertukar i swear dia terus tak hensem lol.Dengan pakai cawat la apa hahaha

Dengan perang bla bla apa semua.Raja Sparta pun dah mati sebab kena bunuh dengan Xerxes,jadi permaisuri Queen Gorgo balas dendam.But the problem is ending tergantung sebab Xerxes tu masih hidup.
So far nak kata cerita ni memang best la jugak.

So,for those yang memang minat cerita perang-perang,u can watch this movie with your friends.But yeah its only for 18 and above jadi remaja bawah umur tak digalakkan tengok.Takut nanti jadi trend pulak haha.
Well thats only for today
Bye and Assalamualaikum




Kawan abang

Kawan abang
Semuanya hensem
Biasalah lelaki
bila dah besar
muka kemain bertukar
gitu

Tapi
tuanya
24 tahun
ya rabbi
boleh qualify nak kahwin

Teman disini
hanya mampu berasa kagum
sahaja
bukannya jatuh suka atau hati
sebab itu dilarang
kau nak ke
kena parang dengan abang sendiri?

Mungkin
suatu hari nanti
akan aku jumpa
lelaki macam mereka
sebab aku terlalu
mentah dan naif
untuk jatuh suka
kepada lelaki

-saja ditulis tiada kaitan dengan realiti-

SPM

2 hari lagi
Penentuan segala
Aku bersama rakanku
Masih menanti
Tidak sabar rasanya
berjumpa dengan semua

Nanti,
akan ada yang menangis
akan ada yang gembira
akan ada yang maintain cool
semua ada
cuma kau lihat sahaja

Aku taktahu
adakah aku akan dapat
keputusan yang baik
atau sebaliknya
cuma tunggu dan lihat

Kalau boleh
aku taknak
kecewakan mak ayah
abang,cikgu
dan kawan-kawan
yang ajar aku setiap hari
yang beri aku dorongan

Insyaallah aku harap
kami semua dan yang lain di seluruh Malaysia
mendapat keputusan cemerlang
dalam SPM
Amin.

Kapal terbang


Assalamualaikum dan Hi

Berita masih lagi dalam mood MH370
Thats good sebab sekurang-kurangnya gosip ntahpape tu stop la ye
Udah-udah gosip artis tu.Merepek,propa je lebih
Oh,kepada yang minat artis Malaysia tu jangan marah ye.No offense
Jangan cakap teman tak mengaku teman orang Malaysia udah le

Okay,
Jadi aku nak cerita pengalaman aku naik kapal terbang
Sebab kenapa aku nak cerita?
Sebab aku dah tengok banyak budak *panggilan untuk mereka sebab perangai nampak tak matang
tulis benda yang merepek pasal MH370
Panas hati beb baca.Depa buat serupa depa tau semuanya
Secara tiba-tiba muncul pakar aviation,pakar engineer,pakar commentator
Ya Allah,serius banyak.Tambah pulak pakar politik
Pakar paranoid dengan tarikh? Pun ada.Haih
Yang cakap tu remaja seusia dengan aku kot.Sedih? Pun ada.Haih.Okay lets stop right here

Ada mak orang Sabah nak balik kampung ofcourse kena naik flight
Tapi nak balik tu jarang.Setahun sekali.Bila balik je pastu balik Penang balik mesti rindu
Nangis? Mestilah.Ada makcik,sepupu jauh.Nak jumpa pun jarang.Balik je makin besar.
The best part is,dapat naik flight setiap tahun ewah.
Memang masa naik tu nampak scary but seriously juruterbang and semua krew tu akan buat
yang terbaik untuk pastikan semua penumpang dalam keadaan selamat and selesa
walaupun langgar awan,lalu atas banjaran titiwangsa,it mean that was their job
kenapa nak pertikaikan yang tu?

Aku taktahu,
aku rasa dah penat nak baca segala comment dekat facebook,even group yang aku join aku out sebab tak larat nak tengok budak-budak melayu bergaduh sama sendiri.Politik lah apa.Rasa diri dah besar.Dah mampu nak pegang dunia dengan tangan sendiri.Gitu.

Hmm,kepada keyboard warrior di luar sana,tolong la takyah buat statement membabi buta.Korang ingat korang dah cukup terer ke nak buat statement cmtu? Aku baca ni pun rasa macam nak lempang je.Hm,ntahla.Thats all

Bye,Assalamualaikum



Flight


Assalamualaikum

Semua orang tahu pasal MH370
Malaysia,Indonesia dan seluruh dunia
Menjadi trending di twitter,facebook
Dan hampir semua stesen televisyen juga.
Berita tentang kehilangan kapal terbang
Yang membawa  penumpangnya sekali
Hilang tanpa khabar berita

Ahli keluarga meratap bersedih
Tidak menyangka ahli keluarga mereka
Yang baru ketemu beberapa jam lalu
Hilang begitu sahaja
Sedih,marah,kecewa
Semuanya menjadi satu

Spekulasi datang bertalu-talu
Seolah bom yang menyerang sasarannya
Mereka yang tidak tahu apaapa
Terus sahaja membuat andaian begitu sahaja
Kerajaan itu dan ini
Terhempas,Mati di lautan
Ahh,manusia
Malaysian katanya
Pandai membuat spekulasi
Negativiti sentiasa ada di mana-mana
Tapi
Adakah mereka yang mengalaminya?

Menyedihkan pabila
segelintir selebriti malaysia
menulis 'tweet' seolah-olah
kejadian tersebut satu jenaka
sedangkan mereka tidak tahu
betapa deritanya kehilangan
ahli keluarga yang tersayang

Tolong,
hentikan segala spekulasi
hentikan segala negativiti
hentikan menyalahkan kerajaan,
dan berhenti menyalahkan
juruterbang yang membawa mereka

Tugas juruterbang bukan mudah
Membawa nyawa di langit udara
Sekali kesilapan
Maka hilanglah beribu nyawa
Tugas mereka itu terlalu mulia
Tolonglah faham

Tanpa kau sedari,
Allah menguji kita di sini
Kau,aku dan semuanya
Sejauh mana kita mengingati-nya
Ini adalah satu UJIAN
dan bukannya satu tohmahan
semata-mata

Jadi,
Jangan berhenti berharap
mereka yang masih menunggu di KLIA
Teruskan berdoa
Insya-allah
Allah s.w.t. sentiasa bersama kita

Doaku untuk kalian di sana
Semoga selamat sampai
Kami menanti
Kepulanganmu



-9/3/2014-

Love In Social Network


Assalamualaikum dan Hi semua pembaca :)

Love in social network,kalau engkorang baca sekarang,mesti dalam kepala tu fikir cinta dalam laman sosial,cinta secara online.Betul.Tersangatlah betul.

10 markah untuk anda semua

Dah banyak dah love in social network ni.Dah macam trend zaman sekarang.You look at him/her pictures,fall in love,then say hi and tup tap tup tap bom bang walaa couple.Takpun teman tapi mesra.Bila orang tanya "eh,taklah kitorang kawan je" Ayat paling cliche sepanjang zaman.

Dan selalunya pasangan-pasangan ni bermula berkenal-kenalan di laman sosial yang femes seperti facebook dan twitter.Tapi kalau ambik kira sekarang Twitter la kan.Jadi,macam mana diorang boleh kenal sampai boleh fall in love through social network?

Satu,selalunya kalau anda bernasib baik ada rupa yang agak cantik dan handsome keberangkalian nak dapat soulmate sementara sebelum kahwin yang lambat lagi ni amat tinggi.Yup,this is the truth.Dan kebanyakan daripada mereka mempunyai followers yang agak ramai.Tak percaya sila lihat menggunakan akaun twitter anda sendiri.Okay tamat di sini.

Seterusnya,kalau anda suka tweet ayat yang best dan nampak awesome dari cara yang tersendiri,kemungkinan love in social network itu ada.Ya.

Dan kebanyakan daripada mereka dapat bertahan selama bertahun dan ada juga sampai 2 3 4 5 6 7 8 bulan.

Tapi itu kisah mereka,ini pula kisah aku

Pengalaman aku dengan love in social network ni,hampir semua tak happy ending.Semua.

Bermula dengan seminggu,dan kemudian sebulan,dua bulan,tiga bulan dan akhirnya 4 hari.

Salah kenal lelaki.Jenis yang fikir pasal benda pelik-pelik tu,jenis yang fikir pasal diri sendiri then blame me for kesalahan yang dia sendiri buat,jenis yang penting rupa.Tambah pulak dengan suara aku yang macam immature girl padahal dah lapan belas tahun ni lagi diorang reject terus lepas dengar suara aku.Haish.

I've had enough.Dah penat dengan lelaki.Sekarang ni aku nak suka pun susah.Sebab trusting issue punya pasal.Dah selalu kena tinggal cmtu mana tak frust.You gave them hope then you left without saying anything.Apahal bro?

Walaupun aku ada jugak rasa kecewa and a bit lonely kadang-kadang aku patut bersyukur dan berterima kasih aku ada kawan nak bergantung harap.Dan juga keluarga.Sebab diorang ada sentiasa.Boyfriend boleh dicari tapi sekali kita hilang kawan,payah nak ganti balik persahabatan tu.Sorang kawan baik aku cakap,biar takda boyfriend sekarang,bila dah tiba masanya dan orang tu sesuai dengan kita,insyaallah ia akan datang dengan sendirinya.Lagipun tak mati pun kalau takda boyfriend kan?

At least aku tak membazir kredit dan nak rasa insecure ka apa.Im totally happy with life i had now.Member lelaki? Sorang dua dah la.Malas nak ada banyak-banyak.Cukuplah time sekolah dulu aku dah kena macam-macam.

And now,i cant trust guys easily.With their sweet words,naik menyampah aku dibuatnya.

Apapun love in social network memang best tapi sometimes takda benefit langsung.Menambahkan dosa ada la.Ish ish.Jadi,kepada remaja perempuan dekat luar sana,biarkan cinta yang datang sendiri bila masanya tiba okay.Single is the best :)

Sekian,tu sahaja.Bye.XOXO.

SUPERB GIVEAWAY




Ada giveaway baru ni.Jangan lupa join ye :D Ada banyak hadiah menarik Maklumat lanjut boleh terus buka link giveaway bawah ni.Sekian.Assalamualaikum :D

Bestfriend


Assalamualaikum dan Hi

Sepanjang hidup kawan baik gua ada banyak.Dari tadika sampai banyak.Tapi satu-satu hilang.

Masa gua tadika dulu gua ada sorang kawan baik.Nama dia I.Boleh dikatakan gua kawan dengan dia sebab kami sahaja yang melayu.Well,i tadika cina uolls.Siap menari berjoget boleh ewah.

Tapi naik sekolah rendah gua tak rapat dengan dia.Aku start rapat dengan orang lain.Dapat la kawan baru dua orang nama A dengan A.Double AA.Hahaha.Kami kawan baik start darjah dua tiga sampai darjah enam.

Naik sekolah menengah,gua result tak berapa okay.4A 1B la katakan.Time tu orang pandang 5A la kateko then eden berpisah dengan teman-teman.Double AA tu pi sekolah sama well aku pulak pi sekolah biasa.Tapi bersyukur dapat kelas agama tu haa hambik engko.

Lepastu gua pindah sekolah sama dengan depa,gua ingatkan rapat la padahal jadi renggang.Dari situ dapat kawan baru pulak.Mula-mula memang tak rapat lama-lama jadi kamceng gitu

Then sorang sorang pindah.Dari lima jadi tiga.Sedih la beb.Nangis teruk gua time tu.Dahla result tak berapa okay,tambah teman den nak pindah

Sekarang ni,sorang dah sambung belajar dekat UTP,sorang lagi sibuk kerja la apa la.Yang lagi tiga sibuk menganggur.

Tapi bila sorang kawan aku sedih,aku takboleh nak buat apa-apa.Aku taktau.Dia sedih,aku lagi sedih.Rasa nak menangis pun ada.Kawan baik aku.Kalau boleh nak ja aku keluar macam tu.Tapi apa boleh aku buat hm.

Kepada kawan-kawan aku sayang hampa,rindu hampa

Bye

Test Komputer



Assalamualaikum

Dua minggu lepas aku baru pi kelas KPP.Yup dengar ceramah 5-6 jam tu.Dah la bosan tapi terpaksa sebab nak amik lesen.

Minggu ni pulak na kena test komputer JPJ.Sumpah malas.Dahla asyik gagal banyak kali.74% pun gagal? Masalah betul sistem test.Lepas tu kelas amali lepas tu test JPJ.Aagghhhhhhh! Tensionnnyaaa.

Kan best kalau boleh skip terussssss.Alahaiiiiiiiiiiiii


MALASNYA NAK TEST KOMPUTERRRRRR........


Oh ya,jangan lupa join giveaway.Cepat sebelum terlambat!!
Blog giveaway:http://missnadia26.blogspot.com/2013/12/surprise-giveaway-by-miss1826.html


Rumah (1)



Alyn bangun dari tidurnya.Dia mula berjalan keluar dari biliknya dan menuju ke arahnya.Seperti biasa bilik di sekelilingnya kosong.Tiada penghuni.Dia kemudian merununi tangga menuju dapur.Di situ ada seorang wanita yang cukup dikenali sedang tersenyum ke arahnya sambil menyiapkan hidangan.Alyn tersenyum lemah.Itu pembantu rumahnya.Makcik Timah,merangkap pengasuh dan peneman di rumah.Selain itu ada juga Pak Mail merangkap pemandunya.

"Ibu dengan Ayah terpaksa keluar awal.Diorang sibuk Alyn tahu kan?"

"Ibu dengan Ayah balik lewat malam ni.Alyn tidur dulu kay"

Acapkali Mak Timah bilang kepadanya setiap kali dia bertanya mengapa ibu bapanya tidak pernah makan bersama-sama dengan mereka sama ada sarapan,makan tengah hari,petang serta makan malam.Alyn terpaksa memahami situasi walaupun dia merasakan mereka tidak menyayanginya.

Abang serta kakaknya sibuk dengan urusan pengajian mereka sehingga terlupa mereka mempunyai adik yang tersadai di rumah.Dia jadi cemburu dengan rakan-rakannya yang mempunyai keluarga yang bahagia.Punya ibu bapa yang sentiasa memyayangi mereka,selalu meluangkan masa bersama-sama,adik-beradik yang rapat antara satu sama lain.Hatinya jadi sedih dan cemburu melihat itu semua.Walaupun mereka selalu berkata dia mempunyai segalanya,apalah guna kalau mempunyai harta kekayaan tetapi kebahagiaan kosong.Tiada gunanya kan?


Setiap kali dia menangis kerana berasakan kekurangan kasih sayang.Ketiadaan ahli keluarga di saat kita memerlukan mereka seolah-olah rumah yang tiada penghuninya.Kosong dan gelap.Itu yang dia rasa ketika itu.






Facebook



Assalamualaikum dan Hi :)

Agak lama rasanya tak menaip blog post di laptop sendiri.Maklumlah,laptop yang abang bagi tu keyboard rosak.Kalau pakai "on-screen keyboard" jenuh jugaklah nak menekan.Tambah kalau nak tulis panjang-panjang.Alamatnya jari hilang satgi.Haha

Kalau ikutkan dah lama rasanya aku pakai facebook.Bermula dari friendster pastu tukar ke myspace.Lepas tu muncul era Facebook .Boleh kot buat anniversary sebab dah 5 tahun pakai laman sosial.Haha,dah macam kahwin dah.

Bila rewind balik Facebook ni la tempat aku jumpa kawan rapat aku.Kalau bukan Facebook tak mungkin aku akan jumpa Haikal,jumpa Kak Trah,jumpa Adha yang sekarang ni antara kawan baik aku.Terima kasih kepada Facebook sebab mempertemukan aku dengan depa and pernah mem"popular"kan diri aku suatu ketika dulu

Bila check balik older messages rasa nak tergelak sebab apa sebab rasa hairan and rasa macam "eh,kenapa la aku message macam itu macam ini" Seriously ini benda tak tipu.

Apapun,Facebook sekarang dah tak menarik.Banyak sangat post merapu dan merepek dan sewaktu dengannya.Sayang itu  la,fake relay la apa.Nak muntah tengok.Adehhh.Jadi untuk menghilangkan kebosanan aku join group 1996.Best gak hahaha.

Walaupun Nadia ada wechat tapi kami jarang chat situ.Jadi Facebook dengan telefon rumah jadi penghubung.Tapi nanti bila kami duk universiti lain-lain nak contact guna apa kan? Tapi takpalah,whatever it is our friendship the most important thing kan,

So,to all users out there,pakai la Facebook dengan cara yang betul.Just be yourself and dont try to fake others.Share benda yang betul dan bukannya khabar angin semata-mata okay.

Bye and Assalamualaikum :)

SURPRISE GIVEAWAY BY MISS1826


STICKY POST.. CLICK PAST FOR OTHER POST..
Assalamualaikum..

tepat jam 1 pagi ni.. Miss1826 nak melancarkan Surprise Giveaway by MISS1826..

This is my first GA and hope you can join this GA..  Hadiah awesome untuk dimenangi..


copy image url. Just tarik kluar imej and open in new tab sebab right klik not allow here..
Syarat-syaratnye senang je..


  Follow blog MISS 1826* wajib

 Follow twitter MISS 1826 * kalau ada

 click semua banner iklan di blog ni- nuffnang, heartbeat and churpchurp. * nak beli hadiah kat korang.. kna le ada duit.. so silakan klik ye.. wait till it stop buffering k..

klik link iklan ni : satu , dua , tiga dan klik iklan NUFFNANG kat sidebar tu..

 buat satu entry pasal GA ni and crita serba sedikit tentang blog MISS1826. * cita serba sikit cukup la.. Jangan lupa letak banner GA ni dekat entry dan sidebar k.. 

 lastly, hantar link penyertaan di kotak komen.. *link komen ada kat atas.. huhu...

hadiah?? SURPRISE le...
ok la kite bagi hint- antaranya girl accessories and handmade product..

 ikut syarat SPONSOR-SPONSOR *update

1. follow blog

2. follow twitter *kalau ada

3. like fanpage


pemilihan pemenang: *update
top referral : × 2 (hadiah awesome)
random.org : × 6 

tempoh masa: 31/12/13- 28/2/14

if kurang dari 20 peserta GA akan batal... so apa lagi.. promote la kat rakan anda ye sebab ada top referral..

simple je kan.. x payah follow banyak2 org.. this GA fully by me.. but if anyone nak sponsor pun boleh.. sebab tarikh tamat lambat lagi.. (sampai 4/1/14 ni je k..)

just PM me here----> dia nadia

or my wechat---> miss_1826

SENARAI PESERTA *update


GOOD LUCK!!!