Rumah (1)



Alyn bangun dari tidurnya.Dia mula berjalan keluar dari biliknya dan menuju ke arahnya.Seperti biasa bilik di sekelilingnya kosong.Tiada penghuni.Dia kemudian merununi tangga menuju dapur.Di situ ada seorang wanita yang cukup dikenali sedang tersenyum ke arahnya sambil menyiapkan hidangan.Alyn tersenyum lemah.Itu pembantu rumahnya.Makcik Timah,merangkap pengasuh dan peneman di rumah.Selain itu ada juga Pak Mail merangkap pemandunya.

"Ibu dengan Ayah terpaksa keluar awal.Diorang sibuk Alyn tahu kan?"

"Ibu dengan Ayah balik lewat malam ni.Alyn tidur dulu kay"

Acapkali Mak Timah bilang kepadanya setiap kali dia bertanya mengapa ibu bapanya tidak pernah makan bersama-sama dengan mereka sama ada sarapan,makan tengah hari,petang serta makan malam.Alyn terpaksa memahami situasi walaupun dia merasakan mereka tidak menyayanginya.

Abang serta kakaknya sibuk dengan urusan pengajian mereka sehingga terlupa mereka mempunyai adik yang tersadai di rumah.Dia jadi cemburu dengan rakan-rakannya yang mempunyai keluarga yang bahagia.Punya ibu bapa yang sentiasa memyayangi mereka,selalu meluangkan masa bersama-sama,adik-beradik yang rapat antara satu sama lain.Hatinya jadi sedih dan cemburu melihat itu semua.Walaupun mereka selalu berkata dia mempunyai segalanya,apalah guna kalau mempunyai harta kekayaan tetapi kebahagiaan kosong.Tiada gunanya kan?


Setiap kali dia menangis kerana berasakan kekurangan kasih sayang.Ketiadaan ahli keluarga di saat kita memerlukan mereka seolah-olah rumah yang tiada penghuninya.Kosong dan gelap.Itu yang dia rasa ketika itu.






0 talks: